HAWA ADARA: KOLEKSI ANGGUN MESTI ADA UNTUK MUSIM RAYA INI


Membeli pakaian baru pasti akan menjadi perkara terpenting untuk semua orang terutama sekali apabila menjelang Ramadan sehinggalah bermulanya sambutan Hari Raya. Rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan jenama pakaian Muslimah rekaan tempatan eksklusif dari Go Shop iaitu Hawa Adara.

Showcase Ramadan Raya dari Go Shop pada hari ini, memperkenalkan jenama eksklusif terbaru iaitu Hawa Adara yang mengeluarkan koleksi jubah dan hijab terkini. Selain itu, Showcase Ramadan Raya ini juga, telah menampilkan pelbagai jenama dan koleksi fesyen muslimah yang hanya boleh didapati di Go Shop. Koleksi istimewa ini, telah diperagakan

semasa pertunjukan fesyen yang diadakan hari ini dan para tetamu yang hadir tertumpu pada semua koleksi-koleksi dari Hawa Adara yang ringkas dan anggun. Turut hadir di sesi pelancaran tersebut adalah Duta Jenama Hawa Adara, Fara Fauzana, seorang personaliti TV dan juruhebah radio terkenal.

Koleksi pertama Hawa Adara ini terdiri daripada Tudung Sofea, Tudung Baiduri dan Jubah Aaira. Tudung Sofea menampilkan koleksi asas hijab yang versatil manakala Tudung Baiduri pula merupakan koleksi yang lebih anggun untuk ke majlis-majlis dan perayaan istimewa. Koleksi Jubah Aaira pula melengkapkan koleksi ini dengan rekaan jubah asas yang selesa.

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Grace Lee berkata, “Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Oleh itu, kami memberi keutamaan kepada pelanggan Muslim yang kami hargai untuk membeli pakaian mampu milik yang selesa dan menepati nilai-nilai Muslimah, namun tetap bergaya. Koleksi pakaian Hawa Adara ini direka khas dengan fabrik dan gaya yang boleh dipakai dengan selesa sepanjang hari.”

Tudung Sofea boleh didapati dalam satu set enam warna asas – pink lilac, dusty rose, olive, teal, grey dan navy. Tudung Sofea ini sesuai untuk digayakan pada bila-bila masa dan dijual pada harga RM149 setiap satu set. Tudung Baiduri pula boleh didapati dalam set empat warna – merah, coklat muda, hijau dan ungu dengan hiasan kristal yang cantik pada setiap tudung. Dijual pada harga RM199, pembeli juga akan menerima hadiah percuma berupa sehelai anak tudung berwarna hitam.

Jubah Aaira yang klasik dan elegan datang dalam set dua warna yang menyerlah – persimmon dan biru, sesuai untuk semua wanita yang sopan dan elegan. Rekaan potongan A pada Jubah Aaira sesuai untuk semua bentuk badan, selain mudah untuk penyusuan bayi dan mengambil Wudu’. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan dijual pada harga RM199, dengan sehelai selendang berwarna kuning sebagai hadiah percuma.

“Kami sangat mementingkan kepuasan pelanggan. Oleh itu, sebelum Hawa Adara dilancarkan, kami membuat kajian atas pilihan pengguna bagi segmen Muslimah. Dalam penghasilan koleksi ini, kami mengambil kira keperluan dan keutamaan pelanggan kami, sama ada dari segi produk, rekaan, fabrik dan pilihan warna. Dengan sokongan pelanggan selama ini, kami berjaya mencapai sasaran satu juta pelanggan di Malaysia dan akan terus berusaha mengukuhkan kehadiran kami di pasaran dengan memberikan pelanggan pengalaman yang terbaik,” tambah Lee.

Beliau menerangkan, “Pelbagai inisiatif baru yang menarik dilancarkan termasuklah siaran serentak program membeli-belah kami secara LANGSUNG di platform media sosial seperti Facebook yang telah menaikkan profil jenama Go Shop dan menarik segmen pelanggan yang baru. Kami juga akan melancarkan rancangan berformat baru yang bertajuk “Go Pak Nil” yang ditayangkan untuk pertama kalinya pada 10 Mei, dan akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu dari 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Rancangan tersebut akan menampilkan format yang menarik, informatif dan menghiburkan bersama Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai pengacara dan “Guru of Living”, menampilkan produk Terhebat, Terkini dan Terhangat dari Go Shop serta Produk Baru. Datuk Aznil juga akan berkongsi pengalaman, kisah dan tip-tip gaya hidup pintar menggunakan produk-produk yang dipaparkan,” tambah Lee.

Pada bulan Ramadan dan Syawal ini, Go Shop akan turut menawarkan pelbagai produk dari beberapa kategori seperti fesyen, kecantikan, gaya hidup, peralatan kegunaan rumah, perkakas dapur, peralatan, elektronik digital, perabot dan barangan kesihatan/kecergasan. Dalam kategori gaya hidup Islam, Go Shop juga merancang untuk melancarkan koleksi eksklusif Hijab Naelofar, Kurung Pahang Fazbulous dari House of Dolls milik Fazura, selendang premium bercorak Royale Orchid, tudung Leanen, Jubah Camelia untuk Raya, Tudung Eyelash Satin Sutera dari Najjah, sut seluar Nur Aishah dan banyak lagi.


Untuk maklumat lanjut mengenai Go Shop, layari www.goshop.com.my

No comments:

Post a Comment