Mydin Girang Syawal Tiba 2017

Sempena dengan musim Syawal, MYDIN mengadakan promosi Ramadan & Syawal untuk memenuhi setiap keperluan persiapan orang ramai untuk menyambut Syawal. Promosi Ramadan telah bermula pada 11 Mei 2017 sehingga 4 Jun 2017 manakala promosi Syawal telah bermula pada 8 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017.


Pelbagai promosi dengan tawaran harga yang mampu milik seperti pelbagai seleksi kurma, kuih raya, perhiasan dan dekorasi raya, baju kurung, baju Melayu, kain sampin, kurta, jubah, tudung, kerongsang magnet dan banyak lagi. Para pelanggan boleh mendapatkan koleksi busana raya MYDIN seperti baju kurung raya serendah RM29.90, baju melayu raya serendah RM49.90 dan jubah raya lelaki serta jubah raya wanita serendah RM29.90 dan RM39.90. Semua koleksi Raya ini turut dipromosikan di dalam majalah seperti majalah Nona, Keluarga, Wanita, Maskulin dan Hijabista.






Sepanjang bulan Ramadan ini, MYDIN mengadakan Bazar Ramadan dengan pelbagai jualan juadah makanan, minuman dan kuih-muih yang bermula pada pukul tiga petang sehingga tujuh malam. Melalui laman sosial rasmi MYDIN, MYDIN kongsikan resepi-resepi berbuka, tazkirah dan banyak lagi untuk menghidupkan suasana bulan yang penuh keberkatan ini. MYDIN juga menawarkan harga borong dan perkhidmatan bantuan sukarelawan ‘helper’ kepada rombongan-rombongan ‘charity shopping’ yang ditaja oleh individu perseorangan, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan untuk persiapan. Syawal golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.

Antaranya ialah Lembaga Zakat Selangor, TriPIc Berhad, AmBank, Puspanita Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBSM), UNIRAZAK, Noah Foundation, Nouvelles Visages, Mazda Lentis, Majlis Agama Islam Selangor, Fomema dan banyak lagi.

Resepi Berbuka Puasa ada, Tazkirah Ramadan ada, Promosi Ramadan dan Promosi Syawal pun ada. Pendek kata, di MYDIN, macam-macam ada! Pelbagai aktiviti dan promosi telah dirancang dan dilaksanakan untuk menghidupkan suasana girang dalam menyambut Ramadan dan Syawal kali ini. Pada mereka yang ingin membuat persiapan Syawal, pastikan MYDIN menjadi pilihan utama anda. Jangan lupa tonton #ceritakain dan #tigakuihtigarasa.
Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.





Menariknya promosi Syawal kali ini, MYDIN mengetengahkan koleksi baju kurung dan jubah ‘satin digital’ dan ‘satin printed’ dengan harga minima RM79.90 dan koleksi kurta istimewa Aiman Tino yang dikenali sebagai #QurtaUnivercity pada harga RM79.90. Kegirangan Syawal tiba ini turut disemarakkan dengan promosi ‘Purchase with Purchase’ bersama Procter & Gamble (P&G). Promosi ini mengetengahkan konsep beli enam barang terpilih MYDIN dan dapat enam barang terpilih P&G dengan diskaun menarik eksklusif untuk para pelanggan yang berbelanja di MYDIN.




Read more »

WATSONS ‘LEGENDA CUN RAYA’ VIDEO APOLOGY STATEMENT


We deeply and sincerely apologize for our recent “Legenda Cun Raya” video which was released on social media in Malaysia. The 15 minute video was inspired by the Malay legend Dayang Senandong made popular in the 1965 movie “Dayang Senandong’. 

It was our intention to convey concepts of inner and outer beauty, unfortunately the video instead offended many. Regretfully, we acknowledge that the “Legenda Cun Raya” video is not in-line with the values that we hold dearly in Malaysia. 

Watsons Malaysia takes responsibility for the video and its content and is truly sorry that some elements have offended the general public. Watsons Malaysia following the feedback from the general public, immediately removed the video and we appreciate your honest feedback especially leading into an important celebration like Hari Raya. 

Moving forward we will continue to listen to the general public and our loyal customers. On behalf of Watsons Malaysia we humbly seek your forgiveness and deeply regret any harm that we have caused.

#MaafkanWatsons
Read more »

Bubur Lambuk Adabi Sempena Ramadan 2017

Di bulan Ramadan Al-Mubarak ini, aktiviti kemasyarakatan seperti majlis berbuka puasa sudah menjadi acara mingguan di Mydin. Sepanjang bulan Ramadan ini, Mydin mengadakan bazar ramadan dengan pelbagai jualan juadah makanan, minuman dan kuih-muih. Myddin juga menawarkan harga borong kepada rombongan-rombongan "charity shopping" yang ditaja oleh individu perseorangan, agensi kerajaan dan agensi bulan kerajaan untuk persiapan Syawal golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.

Bukan itu saja, Mydin juga ada membuat program bubur lambuk untuk diagihkan kepada pelanggan setia Mydin dengan kerjasama Adabi. Konsep program bubur lambuk ini dijalankan pada tiap-tiap tahun seperti sebelum ini. Dan ini adalah acara tahunan yg dijalankan oleh pihak Adabi sepanjang bulan ramadhan. Pada tahun ini Adabi mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Mydin Hypermarket yang terpilih di seluruh negara.



Bubur lambuk adabi kali ini memilih 5 lokasi Mydin yang telah dipilih seperti :

  • 3/7/2017 – Mydin, USJ
  • 4/7/2017 – Mydin, MITC Melaka
  • 10/7/2017 – Mydin, Pelangi Indah, Johor
  • 10/7/2017 – Mydin, Samariang, Sarawak
  • 16/7/2017 – Mydin, Gong Badak, Terengganu



Program bubur lambuk ini juga adalah satu langkah yang bijak kerana ianya akan mengekalkan penjenamaan Adabi itu sendiri di kalangan masyarakat dan pengguna setia Adabi.


Bubur lambuk yang dimasak menggunakan seratus peratus bahan-bahan dan produk Adabi sendiri. Sebanyak 10 periuk bubur lambuk akan dimasak oleh adabi untuk setiap lokasi, kecuali di Mydin, USJ yang akan memasak sebanyak 20 periuk bubur lambuk.

Keseluruhan bubur lambuk yang akan diedarkan di seluruh Malaysia adalah sebanyak 30,000 bungkusan bubur lambuk. Dalam pada itu, kerjasama antara Adabi dan Mydin juga akan dibantu oleh sukarelawan dari badan NGO, persatuan pengakap, badan beruniform dan penduduk setempat.

Selain daripada program memasak bubur lambuk, Adabi dan Mydin juga akan turut meraikan anak-anak yatim yang dibawa khas untuk program ini. Acara seperti membeli-belah, pemberian sumbangan duit raya serta berbuka puasa bersama warga kerja Adabi dan Mydin.



Mereka juga akan turut dihiburkan dengan persembahan artis yang dijemput. Secara keseluruhannya, program ini dapat memberi satu impak yang baik kepada kedua-dua belah pihak antara Mydin dan Adabi, justeru dapat menarik golongan masyarakat terutamanya generasi muda mengenali cara membuat bubur lambuk dan menghargai makanan tempatan kita.

Read more »

Vivo Jadi Penaja Rasmi FIFA World Cup™ 2018 dan 2022

Bola sepak merupakan sukan yang cukup memikat hati penonton, dan Piala Dunia FIFA sebagai sebuah kejohanan sukan terkemuka dunia, semestinya mampu menarik perhatian ramai. Jenama telefon pintar global Vivo telah mengumumkan kerjasama dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menaja Piala Dunia FIFA untuk tempoh enam tahun, melibatkan dua liga perlawanan bola sepak. Ini bermakna Vivo akan menjadi penaja rasmi Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.

Vivo Jadi Penaja Rasmi FIFA World Cup™ 2018 dan 2022


Penajaan Dua Tahun berturut-turut Piala Dunia FIFA

Sebagai jenama telefon pintar yang menjadi penaja rasmi FIFA World Cup, Vivo akan menaja Piala Konfederasi FIFA 2017, Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia, Piala Konfederasi FIFA 2021 dan juga Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar. Melalui pengaruh global yang cukup besar, kerjasama selama enam tahun ini bakal membawa Vivo ke tahap yang lebih tinggi khususnya melibatkan pendedahan jenama telefon pintar ini di peringkat antarabangsa. Logo Vivo akan dipamerkan dalam setiap perlawanan yang diadakan termasuklah di papan iklan yang terdapat di padang bola, tiket perlawanan, siaran media dan lain-lain lokasi promosi utama. Hak yang diberikan oleh FIFA termasuklah program pemasaran khusus seperti menjemput jurugambar Vivo untuk mengambil gambar pemain semasa sesi memanaskan badan. Tidak lama lagi, Vivo juga akan memperkenalkan telefon FIFA World Cup yang menawarkan pengalaman lain dari yang lain untuk pengguna Vivo dan para peminat bola sepak. Selain itu, kakitangan FIFA juga akan menggunakan telefon pintar Vivo sepanjang perlawanan dan Piala Konfederasi FIFA 2017 yang bermula pada 17 Jun ini bakal menandakan permulaan kerjasama di antara Vivo dan FIFA.

Sebagai acara sukan terbesar Dunia, FIFA World Cup memiliki pengaruh yang besar dan liputan meluas di seluruh dunia. Bagi mana-mana jenama dalam industri telefon pintar, termasuklah Vivo, penajaan ini merupakan satu pencapaian yang amat penting. Naib Presiden Kanan Vivo, Encik NI Xudong berkata: “Bola sepak merupakan sukan yang penuh dengan keterujaan dan cukup mengagumkan, tidak hairanlah ia mampu mewujudkan kegembiraan untuk jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia. Semangat bola sepak manampilkan nilai disiplin yang ketat dan pentingnya kemajuan yang berterusan. Sebagai penaja Piala Dunia, Vivo berhasrat untuk melibatkan diri dalam semangat bola sepak sebegini dan menunjukkan kepada pengguna kami di seluruh dunia tentang imej Vivo yang bertaraf antarabangsa, kreatif dan menyeronokkan. Pada masa yang sama, Vivo juga akan terus membawakan sesuatu yang bersifat peribadi, bertenaga dan berjiwa muda ke dalam Piala Dunia dan sukan bola sepak secara keseluruhan.”

Dalam kebanyakan jenama dalam industri telefon pintar global, fokus Vivo kearah kemajuan berterusan telah menarik minat pihak penganjur Piala Dunia FIFA. Ketua Setiausaha FIFA, Fatma Samoura berkata: “Semakin hari, bola sepak dan teknologi semakin tidak dapat dipisahkan, bukan sahaja melibatkan para pemain malah peminat bola sepak dan ini merupakan masa yang tepat dalam memulakan kerjasama dengan jenama telefon pintar terkemuka dunia ini. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Vivo dan berhasrat untuk terus melihat penglibatan mereka dalam edisi Piala Dunia FIFA dan Piala Konfederasi FIFA yang seterusnya.”


Pemasaran Sukan sebagai Alat untuk ke Peringkat Antarabangsa

Sejak tahun 2014, Vivo telah mengembangkan pasarannya ke Asia Tenggara dan rantau-rantau lain. Dalam usaha meletakkan Vivo sebagai produk yang bersesuaian dengan citarasa tempatan dan pelaksanaan strategi pemasaran yang berkesan, Vivo memiliki pertumbuhan yang pesat, dan mempunyai peminatnya tersendiri dalam kalangan pengguna tempatan. Vivo meneruskan pelaburannya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan telah berjaya menubuhkan tujuh pusat penyelidikan utama di China dan Amerika Syarikat. Vivo juga telah menggunakan pemasaran sukan untuk meningkatkan kesedaran jenama ini di pasaran antarabangsa.

Pada tahun 2015, Vivo telah menjadi penaja dalam Liga Perdana India (IPL), sebuah persatuan sukan yang amat berpengaruh dalam negara-negara Komanwel British dan India. Pada tahun 2016, Vivo memulakan kerjasama strategik dengan NBA China sebagai Penaja Rasmi Telefon Mudah Alih, dan menjemput bintang terkenal Stephen Curry untuk menjadi duta produk untuk telefon pintar terbaharu Vivo Xplay6. Sebagai penaja Piala Dunia FIFA, Vivo berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak perhatian di persada antarabangsa.

Dengan kemajuan teknologi dan usaha penjenamaan yang berterusan, Vivo komited untuk mewujudkan lebih banyak kejayaan cemerlang pada masa hadapan. Penajaan Piala Dunia FIFA menunjukkan perkembangan progresif Vivo dalam menembusi pasaran antarabangsa.




xoxo,

Read more »

BREEZE BEKERJASAMA DENGAN ATLIT PARALIMPIK ZIYAD ZOLKEFLI UNTUK MEMBAWAKAN KEGEMBIRAAN KEPADA KANAK-KANAK BERLAINAN UPAYA SEMPENA HARI RAYA


Buat kali kedua, Breeze menjadikan bulan Ramadan sebagai masa untuk memberi dan berkongsi. Pada tahun ini, Breeze bekerjasama dengan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Ziyad Zolkefli, untuk mengumpul sumbangan bagi kanak-kanak berlainan upaya.

Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli baju Raya baru dan dihadiahkan kepada kira-kira 60 kanak-kanak serta membekalkan bahan bantuan mengajar baru untuk dua buah rumah kanak-kanak berlainan upaya.

“Kami yakin kempen Ramadan tahun ini akan mononjolkan sifat prihatin rakyat Malaysia antara satu sama lain. Ziyad yang berkongsi cerita inspirasi beliau dalam video digital telah membuktikan bahawa cabaran boleh diatasi dengan keazaman, kesungguhan dan sokongan. Justeru, pada Ramadan kali ini, kami memberi keutamaan kepada kanak-kanak yang berlainan upaya dengan menghadiahkan baju Raya baru dan juga alat bantuan mengajar agar mereka menjadi lebih cemerlang,” kata Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Pada kempen Ramadan Breeze yang bermula pada 26 Mei 2017, Breeze akan menderma RM1 bagi setiap pembelian pencuci pakaian Breeze. Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli baju Raya baru dan alat bantuan mengajar untuk kanak-kanak berlainan upaya. Untuk terma dan syarat, sila layari www.ulmhomecare.com.my.

Video kempen Ramadan Breeze memaparkan perjalanan Ziyad sehingga menjadi seorang atlet Paralimpik. Video itu turut menunjukkan keluarga dan orang di sekelilingnya yang memainkan peranan penting kepada kejayaan beliau. Video ini boleh ditonton bermula pada 26 Mei 2017, di laman Facebook Breeze Malaysia: www.facebook.com/breezemalaysia.

Ziyad menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila memenangi pingat emas dan mencatatkan rekod dunia baru dalam acara lontar peluru di Sukan Paralimpik di Rio, Brazil.

Ziyad yang dahulunya menjual kuey teow sebelum melonjakkan dirinya menjadi salah seorang atlet Paralimpik tersohor di Malaysia berkata, “Tiada sebab untuk saya tidak bersyukur, menjadi lebih optimistik dan bersemangat waja sepertimana saya hari ini. Saya merasa sungguh bertuah kerana sepanjang perjalanan kerjaya, saya dikurniakan dengan orang-orang yang sentiasa percaya dan menyokong saya. Kejayaan saya adalah atas sokongan mereka. Hari ini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang berlainan upaya seperti saya di mana kita boleh mencapai impian dan menjadi sesiapa sahaja yang kita inginkan dalam hidup seandainya kita meletakkan sepenuh jiwa dan raga untuk mencapainya.”

“Kami amat berbangga kerana Ziyad sudi bekerjasama dengan kami untuk kempen ini. Kami mahu menunjukkan bahawa di sebalik setiap kotoran, pastinya ada kejayaan dan Ziyad adalah buktinya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk meneroka bakat mereka, berseronok dan mencapai impian mereka dengan bimbingan dan sokongan daripada ibu bapa masing-masing. Ziyad adalah seorang individu yang boleh dijadikan contoh dan kisah kejayaannya boleh dijadikan inspirasi, terutamanya kepada kanak-kanak yang berlainan upaya,” kata Vincent.

Baju Raya untuk kanak-kanak serta alat bantuan mengajar untuk rumah kanak-kanak berlainan upaya ini akan diserahkan pada bulan Jun sebelum sambutan Hari Raya.



Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai kempen ini, sila layari laman Facebook Breeze Malaysia: www.facebook.com/breezemalaysia atau layari www.ulmhomecare.com.my.
Read more »