VASE CREATION SELF-LOVE PRODUCTS LAUNCH

Sebulan lagi hingga pengakhiran tahun 2020 dan melihat kembali, tahun ini dipenuhi dengan pergolakan. Walaubagaimanapun, jenama kecantikan tempatan, Vase Creation bertekad untuk mengakhiri tahun ini dengan memperkenalkan dua produk baru iaitu Koleksi Karamel Vase Creation yang inovatif dan luar biasa: Crème Brûlée Flavoured All-Natural Luxe Lip Gloss dan Produk Sayang Diri Relaksasi Ajaib: Vase Creation Organic Stress Relief Pillow Mist. 

VASE CREATION SELF-LOVE PRODUCTS LAUNCH

Adakah anda masih mengira biri-biri untuk tertidur? Masyarakat moden kebelakangan ini penuh dengan perkembangan pantas, jadual sibuk, pelbagai notifikasi dan gangguan daripada alatan elektronik seperti telefon bimbit, laptop, tab dan sebagainya. Apakah puncanya daripada ini? Tekanan yang tinggi menyebabkan jadual tidur terganggu atau tidur yang tidak lena. Tidak perlu bimbang Vase Creation telah menyediakan penyelesaian dengan menawarkan pemangkin untuk rehat yang berkualiti dengan produk mereka yang baru dilancarkan. “Memang sukar untuk menjaga gaya hidup yang sihat pada kebelakangan ini kerana isu-isu wabak Covid-19 dan di situlah motif Vase Creation berguna, dengan mencipta produk yang selamat dan tiada kebimbangan kepada masyarakat ramai untuk memperbaiki gaya hidup anda,” kata Charlotte, pemilik dan juga ahli kimia formula Vase Creation. 


Koleksi Karamel: Crème Brûlée Flavoured Lightweight & Cooling All-Natural Luxe Lip Gloss 

Luxe Lip Gloss diformulasikan khas dengan bahan semula jadi yang selamat – Squalane berasal daripada tumbuhan, minyak kastor, intipatiminyak jojoba, vitamin E dan mentol. Koleksi ini terdapat tiga variasi warna: Jewel Milk, Winter in Paris and Lavande. 

Luxe Lip Gloss yang serba guna bukan sahaja menawarkan kemasan yang berkilauan dengan sensasi penyejukan daripada mentol yang sesuai untuk bersantai malah, ia juga boleh digunakan sebagai lip mask untuk memperbaiki bibir yang kering dan retak. Rasa crème brûlée terinspirasi oleh siri Netflix, Emily in Paris di mana Pierre Cadault memecahkan gula caramel crème brûlée dengan sudu. 

Vase Creation Organic Stress Relief Pillow Mist 

Vase Creation Organic Stress Relief Pillow Mist dihasilkan dengan campuran minyak pati tulen organic untuk mengatasi masalah insomnia dengan tidur yang lebih lena, tanpa wangian sintetik. Diadun dengan teliti dan dikemas dalam penyembur tiub kaca 12ml yang sesuai untuk menghasilkan tidur yang sempurna. Kombinasi minyak pati: Lavender, Patchouli, Sweet Orange, Roman Chamomile, Vetiver dan Cedarwood, terkenal dengan faedah menenangkan minda dan bersantai. 

Perolehan & Harga 

Vase Creation Organic Stress Relief Pillow Mist tersedia secara eksklusif di A-Day Department Store dan platform e-dagang utama terpilih, dengan harga RM 25. Vase Creation Crème Brûlée Flavoured Lightweight & Cooling All-Natural Luxe Lip Gloss tersedia secara eksklusif di A-Day Department Store dan platform e-dagang utama terpilih, dengan harga RM 56 untuk pembelian ala carte dan RM 159 untuk pembelian satu set 3 unit. 

Vase Creation Organic Stress Relief Pillow Mist & Crème Brûlée Flavoured Lightweight & Cooling All-Natural Luxe Lip Gloss boleh didapati di bawah:


  • Runcit: A Day Department Store, INTERMARK KL
  • Shopee Mall (https://shopee.com.my/vasecreation)
  • Vettons (Vase Creation) - LamboPlace (Vase Creation)
  • Vase Studio (https://vasestudio.com)
Read more »

Dove mengumumkan #IamRealBeauty


Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-60, Dove ingin menyerlahkan kecantikan wanita Malaysia yang unik dan tersendiri dengan menjemput wanita-wanita di Malaysia untuk berkongsi kecantikan sebenar mereka dengan menggunakan hashtag #IamRealBeauty. Pencarian ini juga dianjurkan sempena sambutan Real Beauty Dove yang ke - 60, untuk memberi peluang kepada wanita Malaysia menjadi sebahagian daripada wajah-wajah yang akan dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove.

Jika Malaysia mempunyai sebuah gambar profil kemungkinan besar kita akan melihat mata yang besar, hidung dan mulut yang kecil, wajah yang cerah, dan rahang yang berbentuk v. Namun begitu, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai rakyat yang berasal daripada pelbagai rumpun bangsa di Asia dan takrif kecantikan ini ternyata terlalu sempit dan tidak menggambarkan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia begitu istimewa. Justeru, Dove ingin mengubah persepsi ini.

Sempena kemerdekaan tahun ini, Dove ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak ada satu takrif kecantikan yang unggul dan universal sebaliknya terdapat banyak, dan wanita-wanita di Malaysia ingin anda berkongsi kecantikan sebenar dengan mereka. Kepelbagaian budaya dan etnik bangsa adalah kebanggaan negara ini. Oleh itu, wanita Malaysia sewajarnya yakin dengan memperagakan kecantikan masing-masing walaupun mereka mempunyai budaya yang berbeza. Seiring dengan ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke- 60, wanita Malaysia boleh kongsikan erti kecantikan sebenar bagi mereka, dengan memuat naik gambar di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty, untuk menonjolkan kecantikan wanita Malaysia tidak kira warna kulit, jenis rambut dan juga usia mereka.


Langkah-langkah menyertai #IamRealBeauty


Anda hanya perlu memuat naik gambar anda di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty dari 21hb Ogos hingga 1hb Oktober 2017 untuk merebut peluang untuk dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove yang akan datang, juga di laman sesawang Dove.com/my. Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menyertai:
  1. Muat naik gambar swafoto (selfie) atau gambar terbaik anda yang menyerlahkan kecantikan sebenar menurut pandangan anda 
  2. Hashtag #IamRealBeauty
  3. Pastikan profil anda adalah untuk tatapan umum (public), agar kecantikan anda dapat diakses oleh pihak Dove

Gambar-gambar yang dimuat naik menggunakan #IamRealBeauty akan dikumpulkan dan para wanita yang terpilih akan dipaparkan di Dove.com/my dan kempen pengiklanan Dove pada 2018.


Ikrar Real Beauty Dove

Usaha menampilkan wanita sebenar dalam kempen pengiklanannya adalah satu daripada janji yang membentuk Ikrar Real Beauty Dove yang diumumkan awal tahun ini. Ikrar Real Beauty Dove ialah komitmen kami bagi memaparkan kecantikan sebenar, yang merangkumi tiga janji kami untuk menghargai wanita di mana-mana sahaja; untuk tidak menggunakan model dalam kempen, untuk sentiasa memperagakan wanita seadanya dan untuk berusaha memberi keyakinan wanita dengan tubuh badan mereka. Itulah sebabnya kami ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak hanya ada satu wajah kecantikan – malahan berjuta.


Ikrar Real Beauty Dove


Kami sentiasa memaparkan wanita sebenar, tidak pernah sesekali memaparkan model
Model mencerminkan satu pandangan sempit terhadap kecantikan. Dove percaya bahawa kecantikan adalah untuk semua orang dan dengan itu kami memaparkan wanita sebenar yang merangkumi pelbagai usia, saiz, etnik, serta warna, jenis dan gaya rambut sebenar.
  • Tiada model dalam kempen kami 
  • Wanita sebenar diperkenalkan dengan nama mereka sendiri 
  • Kempen kami mencerminkan kepelbagaian etnik dan kaum wanita di Malaysia 

Kami memaparkan wanita sebagaimana mereka dalam kehidupan sebenar
Kami tidak pernah memaparkan gambar kecantikan “sempurna” yang tidak boleh dicapai, kecantikan tanpa cela yang dimanipulasi dengan menggunakan alat pengemasan
  • Tidak mengubah wajah wanita secara digital 
  • Gambar – Gambar diluluskan oleh wanita yang kami paparkan 

Kami membantu gadis membina keyakinan tubuh badan dan harga diri
Di seluruh dunia, 8 daripada 10 anak gadis memilih untuk menghentikan aktiviti kehidupan yang penting apabila mereka tidak puas hati dengan rupa mereka. Dove mempunyai misi untuk memastikan generasi yang akan datang merasai nikmat hubungan positif dengan rupa mereka – membantu anak-anak muda meningkatkan harga diri dan mencapai potensi penuh mereka. Selama lebih 10 tahun Projek Harga Diri Dove telah mendidik lebih 20 juta anak muda tentang keyakinan tubuh badan dan harga diri .Projek ini juga telah menjadi teladan yang baik dan merupakan salah satu projek terbesar dalam kedua - dua aspek ini. Kami bekerjasama dengan pakar imej badan terkenal di dunia dan juga universiti - universiti terkemuka dunia untuk membangunkan alat-alat pendidikan berdasarkan bukti dan validasi akademik. Kami akan mendidik 20 juta lagi anak muda di seluruh dunia tentang keyakinan tubuh badan dan harga diri menjelang tahun 2020.

Read more »

Mydin Girang Syawal Tiba 2017

Sempena dengan musim Syawal, MYDIN mengadakan promosi Ramadan & Syawal untuk memenuhi setiap keperluan persiapan orang ramai untuk menyambut Syawal. Promosi Ramadan telah bermula pada 11 Mei 2017 sehingga 4 Jun 2017 manakala promosi Syawal telah bermula pada 8 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017.


Pelbagai promosi dengan tawaran harga yang mampu milik seperti pelbagai seleksi kurma, kuih raya, perhiasan dan dekorasi raya, baju kurung, baju Melayu, kain sampin, kurta, jubah, tudung, kerongsang magnet dan banyak lagi. Para pelanggan boleh mendapatkan koleksi busana raya MYDIN seperti baju kurung raya serendah RM29.90, baju melayu raya serendah RM49.90 dan jubah raya lelaki serta jubah raya wanita serendah RM29.90 dan RM39.90. Semua koleksi Raya ini turut dipromosikan di dalam majalah seperti majalah Nona, Keluarga, Wanita, Maskulin dan Hijabista.






Sepanjang bulan Ramadan ini, MYDIN mengadakan Bazar Ramadan dengan pelbagai jualan juadah makanan, minuman dan kuih-muih yang bermula pada pukul tiga petang sehingga tujuh malam. Melalui laman sosial rasmi MYDIN, MYDIN kongsikan resepi-resepi berbuka, tazkirah dan banyak lagi untuk menghidupkan suasana bulan yang penuh keberkatan ini. MYDIN juga menawarkan harga borong dan perkhidmatan bantuan sukarelawan ‘helper’ kepada rombongan-rombongan ‘charity shopping’ yang ditaja oleh individu perseorangan, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan untuk persiapan. Syawal golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.

Antaranya ialah Lembaga Zakat Selangor, TriPIc Berhad, AmBank, Puspanita Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBSM), UNIRAZAK, Noah Foundation, Nouvelles Visages, Mazda Lentis, Majlis Agama Islam Selangor, Fomema dan banyak lagi.

Resepi Berbuka Puasa ada, Tazkirah Ramadan ada, Promosi Ramadan dan Promosi Syawal pun ada. Pendek kata, di MYDIN, macam-macam ada! Pelbagai aktiviti dan promosi telah dirancang dan dilaksanakan untuk menghidupkan suasana girang dalam menyambut Ramadan dan Syawal kali ini. Pada mereka yang ingin membuat persiapan Syawal, pastikan MYDIN menjadi pilihan utama anda. Jangan lupa tonton #ceritakain dan #tigakuihtigarasa.
Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.





Menariknya promosi Syawal kali ini, MYDIN mengetengahkan koleksi baju kurung dan jubah ‘satin digital’ dan ‘satin printed’ dengan harga minima RM79.90 dan koleksi kurta istimewa Aiman Tino yang dikenali sebagai #QurtaUnivercity pada harga RM79.90. Kegirangan Syawal tiba ini turut disemarakkan dengan promosi ‘Purchase with Purchase’ bersama Procter & Gamble (P&G). Promosi ini mengetengahkan konsep beli enam barang terpilih MYDIN dan dapat enam barang terpilih P&G dengan diskaun menarik eksklusif untuk para pelanggan yang berbelanja di MYDIN.




Read more »

WATSONS ‘LEGENDA CUN RAYA’ VIDEO APOLOGY STATEMENT


We deeply and sincerely apologize for our recent “Legenda Cun Raya” video which was released on social media in Malaysia. The 15 minute video was inspired by the Malay legend Dayang Senandong made popular in the 1965 movie “Dayang Senandong’. 

It was our intention to convey concepts of inner and outer beauty, unfortunately the video instead offended many. Regretfully, we acknowledge that the “Legenda Cun Raya” video is not in-line with the values that we hold dearly in Malaysia. 

Watsons Malaysia takes responsibility for the video and its content and is truly sorry that some elements have offended the general public. Watsons Malaysia following the feedback from the general public, immediately removed the video and we appreciate your honest feedback especially leading into an important celebration like Hari Raya. 

Moving forward we will continue to listen to the general public and our loyal customers. On behalf of Watsons Malaysia we humbly seek your forgiveness and deeply regret any harm that we have caused.

#MaafkanWatsons
Read more »

Bubur Lambuk Adabi Sempena Ramadan 2017

Di bulan Ramadan Al-Mubarak ini, aktiviti kemasyarakatan seperti majlis berbuka puasa sudah menjadi acara mingguan di Mydin. Sepanjang bulan Ramadan ini, Mydin mengadakan bazar ramadan dengan pelbagai jualan juadah makanan, minuman dan kuih-muih. Myddin juga menawarkan harga borong kepada rombongan-rombongan "charity shopping" yang ditaja oleh individu perseorangan, agensi kerajaan dan agensi bulan kerajaan untuk persiapan Syawal golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.

Bukan itu saja, Mydin juga ada membuat program bubur lambuk untuk diagihkan kepada pelanggan setia Mydin dengan kerjasama Adabi. Konsep program bubur lambuk ini dijalankan pada tiap-tiap tahun seperti sebelum ini. Dan ini adalah acara tahunan yg dijalankan oleh pihak Adabi sepanjang bulan ramadhan. Pada tahun ini Adabi mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Mydin Hypermarket yang terpilih di seluruh negara.



Bubur lambuk adabi kali ini memilih 5 lokasi Mydin yang telah dipilih seperti :

  • 3/7/2017 – Mydin, USJ
  • 4/7/2017 – Mydin, MITC Melaka
  • 10/7/2017 – Mydin, Pelangi Indah, Johor
  • 10/7/2017 – Mydin, Samariang, Sarawak
  • 16/7/2017 – Mydin, Gong Badak, Terengganu



Program bubur lambuk ini juga adalah satu langkah yang bijak kerana ianya akan mengekalkan penjenamaan Adabi itu sendiri di kalangan masyarakat dan pengguna setia Adabi.


Bubur lambuk yang dimasak menggunakan seratus peratus bahan-bahan dan produk Adabi sendiri. Sebanyak 10 periuk bubur lambuk akan dimasak oleh adabi untuk setiap lokasi, kecuali di Mydin, USJ yang akan memasak sebanyak 20 periuk bubur lambuk.

Keseluruhan bubur lambuk yang akan diedarkan di seluruh Malaysia adalah sebanyak 30,000 bungkusan bubur lambuk. Dalam pada itu, kerjasama antara Adabi dan Mydin juga akan dibantu oleh sukarelawan dari badan NGO, persatuan pengakap, badan beruniform dan penduduk setempat.

Selain daripada program memasak bubur lambuk, Adabi dan Mydin juga akan turut meraikan anak-anak yatim yang dibawa khas untuk program ini. Acara seperti membeli-belah, pemberian sumbangan duit raya serta berbuka puasa bersama warga kerja Adabi dan Mydin.



Mereka juga akan turut dihiburkan dengan persembahan artis yang dijemput. Secara keseluruhannya, program ini dapat memberi satu impak yang baik kepada kedua-dua belah pihak antara Mydin dan Adabi, justeru dapat menarik golongan masyarakat terutamanya generasi muda mengenali cara membuat bubur lambuk dan menghargai makanan tempatan kita.

Read more »